PEMERKASAAN KREATIVITI MAHASISWA MELALUI SENI DALAM BICARA

Cabaran pembelajaran atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu sudah tentu memberikan implikasi yang besar terhadap para pelajar di seluruh negara terutama dalam aspek komunikasi yang berkesan sama ada sesama rakan-rakan dan warga pendidik. Namun begitu, kejayaan mahasiswa-mahasiswi program Diploma Sains bagi kelas AS1205A, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA Kampus Tapah dalam mengendalikan webinar “Seni dalam Bicara” menggunakan platform Youtube pada 17 Jun 2023 yang lalu perlu dibanggakan.

Program yang dianjurkan sebagai salah satu daripada aktiviti SULAM bagi kursus FSG301 telah mendapat sambutan daripada mahasiswa-mahasiswi UiTM dan pihak luar dengan menampilkan mantan YDP MPP UiTM Perak Sesi 2021/2023 iaitu Che Muhammad Haniff Bin Che Khalid sebagai penceramah jemputan.

Dengan adanya webinar ini, para pelajar dapat menerokai pelbagai medium artistik dan membangunkan pemahaman yang mendalam tentang prinsip komunikasi. Tambahan pula, kaedah menghasilkan naratif yang positif dan menarik sama ada secara visual mahupun bersemuka semasa di khalayak ramai turut diterapkan di dalam webinar ini. Dengan adanya webinar seperti ini, keyakinan diri para pelajar terutama dari aspek komunikasi mampu dipertingkatkan dan dapat dimanfaatkan pada masa hadapan.