PEMERKASAAN JARINGAN INDUSTRI MELALUI PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR DIPLOMA

Pada 20 September 2023 telah diadakan program pemerkasaan jaringan industri Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) bersama beberapa organisasi. Program ini bertujuan untuk memantau dan membuat penilaian latihan industri serta memantapkan jalinan kerjasama bersama industri.

Program ini telah dijalankan dibeberapa organisasi kerajaan dan bukan kerajaan di penempatan industri yang menerima pelajar diploma FPA. Organisasi yang terlibat adalah Pertubuhan Peladang Kawasan Ledang-Tangkak, Qutus Agrofarm, D’Impian Group dan Top Fruits Sdn. Bhd. Pemantauan ini telah disertai oleh penyelaras latihan industri Diploma Pengurusan Industri Perladangan (AT110), Dr. Nur Suraya Abdullah bersama dua orang pensyarah kanan; Dr. Shampazuraini Samsuri dan Dr. Noer Hartini Dolhaji dari FPA, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin.

Rentetan daripada sesi lawatan ini sangat penting untuk memastikan dan mendapatkan maklumbalas majikan bagi penambahbaikan dan pemantapan program latihan industri pelajar di masa hadapan. Sesi ini juga membuka peluang kerjasama antara pihak FPA dan pihak industri dalam pelbagai aspek. Ia merangkumi penyelidikan, penerokaan sumber, kemudahan lokasi untuk penyelidikan dan potensi kolaborasi yang membawa manfaat kedua-dua belah pihak. Kerjasama yang terbentuk ini mampu merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berupaya meyumbang kepada ekonomi negara di masa akan datang