SHAH ALAM, 9 Oktober 2023 – Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) telah membuat kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM. Antara intipati kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan hala tuju IMPAK serta prestasi dan sumbangan IMPAK sepanjang mengendalikan program-program yang berteraskan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. Selain memperkenalkan projek inovasi ulung di Pahang.
IMPAK yang telah membawa kejayaan dengan mengadakan jalinan dengan pihak berkuasa tempatan seperti di daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang bersama-sama pihak NGO melalui beberapa program kemasyarakatan bagi penjanaan ekonomi dan kelestarian sejarah serta budaya setempat.
Sesi kunjungan ini diketuai oleh Pengarah IMPAK iaitu Prof. Madya Dr. Hajah Norhayati Hussin diiringi Ketua Unit Sr. Dr. Ismail Ma’arof dan Dr. Hasnah Hashim serta felo, Pn Umaimah Kamarulzaman dan beberapa staf pentadbiran yang lain. Dalam pada itu, Naib Canselor turut mencadangkan agar IMPAK boleh berpotensi berkembang dengan memacu negara melalui isu pemikiran dan kepimpinan Melayu ke peringkat nasional.