Pemenang Perak Incubator Entrepreneurial Program 2.0 (PIEP 2.0)

 

Malaysian Academy of SMEs and Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM Cawangan Perak dengan sukacitanya akan mengadakan majlis penutup Perak Incubator Entrepreneurial Program 2.0 (PIEP 2.0) UiTM Perak pada Khamis, 21 Disember 2023 bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE) Uitm Tapah. Majlis ini merupakan majlis penutup bersempena program yang telah berlangsung selama 6 bulan bermula pada Julai 2023 hingga Disember 2023. PIEP 2.0 adalah sebuah program yang berteraskan bimbingan keusahawanan secara berterusan yang disertai oleh 30 pelajar UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dan Tapah yang sudah memulakan perniagaan mereka.

Terdapat lima kategori utama yang dipertandingkan iaitu mentee terbaik, inovasi perniagaan terbaik, keuntungan terbanyak, pembentang terbaik dan mentor terbaik. Semua peserta menerima insentif perniagaan bernilai RM 100.

Hadiah Mentee Terbaik :

🥇𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 – Aiman Syazwan Bin Mahamood

🥈𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 – Azraii Khusyairi Bin Ahmad Zadri Sreedhara

🥉𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 – Nurul Atiqah Bt Mohamad Zali

🎉 Inovasi Perniagaan Terbaik, Keuntungan Terbanyak, dan Pembentang Terbaik: Aiman Syazwan Bin Mahamood

Hadiah Mentor Terbaik :

🥇Pertama: Syed Redzwan Bin Sayed Rohani

🥈Kedua: Mohd Saleh Bin Abdul Wahab

🥉Ketiga: Nurul Shima Binti Taharuddin

 

Tahniah kepada semua pemenang.