Pemenang Anugerah Diamond Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC 2030 Challenge)

Syabas dan Tahniah UiTM! Pemenang Anugerah Diamond Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC 2030 Challenge).

Penyertaan kali ketiga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC 2030 Challenge) terus mencatat sejarah tersendiri apabila lima zon/bangunan UiTM telah berjaya merangkul Anugerah Berlian (Diamond).

Program di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang bertemakan cabaran pembentukan zon-zon rendah karbon di sekitar negeri dan bandar utama di Malaysia ini ini telah dimandatkan penganjurannya kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC). Penganjuran Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 ini adalah merupakan fasa kedua bagi pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF) untuk tempoh pelaksanaan tahun 2019 sehingga 2030.

Melalui penyertaan pada kali ini, lima zon/bangunan Universiti Teknologi MARA telah diumumkan sebagai pemenang:

Zon/Bangunan Pencapaian UiTM Bagi LCC2030C
Penurunan Karbon (%) Anugerah Diamond
UiTM Seksyen 1 27.31 4
Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) 48.95 5
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) 32.05 4
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin 26.06 4
Pusat Kesihatan 19.83 3

Pencapaian membanggakan Universiti Teknologi MARA di dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 ini jelas menunjukkan komitmen penuh Universiti untuk terus memperkasakan agenda kelestarian bagi mencapai aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Transisi Universiti bagi menyokong agenda kelestarian ini dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif hijau yang telah dilaksanakan di dalam Universiti bagi membantu pengurangan kadar pelepasan sisa karbon kepada alam sekitar dan seterusnya menuju kearah Kampus Rendah Karbon (Low Carbon Campus).