Pembangunan Komuniti, Inovasi Sosial Titik Fokus Memorandum Persefahaman UiTM dan Kunkwan International Mandarin Training Center

PASIR GUDANG, 25 Julai 2023 – Universiti Teknologi MARA dan Kunkwan International Mandarin Training Center telah menandatangani satu memorandum persefahaman yang antara lain memfokuskan kepada pembangunan komuniti dan inovasi sosial sebagai objektif dalam pada memperkukuh kolaborasi di antara kedua-dua institusi.

Dikenali sebagai salah satu pusat latihan Bahasa Mandarin yang bertaraf antarabangsa, kolaborasi bersama UiTM melalui Persatuan Bahasa Cina di Kampus Pasir Gudang sebelum ini telah banyak melaksanakan aktiviti yang berteraskan peningkatan kemahiran Bahasa Mandarin, terutama di kalangan pelajar dan juga staf.

UiTM telah diwakili oleh Professor Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Cawangan Johor, manakala Kunkwan International Mandarin Training Centre telah diwakili oleh Mr Kent Ng Kun Kwan selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif pusat latihan berkenaan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan dan Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor, pengurusan eksekutif dan wakil staf dari Kunkwan International Mandarin Training Centre, serta warga kampus Pasir Gudang.

Diharapkan agar memorandum persefahaman ini akan menjadi titik tolak kepada lebih banyak aktiviti, program dan kolaborasi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada warga kedua-dua institusi, malah kepada komuniti dan masyarakat.