Kembara Ilmu Bateq 1.0

Diploma Bachelor Sports Science Association, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Yayasan Foodbank Malaysia telah mengadakan program Kembara Ilmu Anak Batek 1.0. bertempat di Kg. Changkung Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Inisiatif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar FSR berkenaan dengan gaya hidup masyarakat orang asli dan cara membantu mereka untuk meningkatkan 3M (mengeja, membaca, mengira) di samping menerapkan ilmu tentang penjagaan kebersihan diri dan kesihatan yang lebih baik.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, melibatkan 23 sukarelawan dikalangan pelajar FSR. Seramai 27 orang Anak Orang Asli Suku Bateq telah menjalani latihan kemahiran bahasa melayu dan matematik. Aktiviti pejagaan kebersihan dan kesihatan seperti mengosok gigi, membasuh rambut dan badan menggunakan sabun antara aktiviti yang difokuskan agar masalah kesihatan dapat diatasi.

Dengan adanya program sebegini, ianya bertujuan untuk meningkatkan minat dan kehadiran Anak Orang Asli untuk mempelajari ilmu asas membaca dan mengira serta cakna akan kebersihan diri.