Seperti yang kita sedia maklum, Ogos adalah bulan sambutan kemerdekaan yang disambut saban tahun. Disebabkan pandemik covid-19, sambutan peringkat UiTM Cawangan Pahang pada tahun ini turut terkesan dengan pelancaran program sambutan dan aktiviti-aktiviti kemerdekaan turut banyak dilaksanakan secara atas talian bagi mengurangkan risiko jangkitan virus covid-19 ini.
Namun begitu, ia tidak menggugat semangat patriotisme di kalangan seluruh warga UiTM Cawangan Pahang. Oleh yang demikian,sambutan Bulan Kemerdekaan UiTM Cawangan Pahang yang bermula 17hb Ogos 2021 dan akan tamat pada 16 September 2021 telah dilancarkan oleh YBhg. Prof. Ts Dr. Mohd Ilham bin Adenan pada 17 Ogos 2021 secara maya. Banyak program-program yang telah dirangka bagi menyemarakkan lagi sambutan ini.
Antara objektif pelaksanaan sambutan bulan kemerdekaan ini ialah memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa warga UiTM Cawangan Pahang, mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan, mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
Terdapat pelbagai program yang telah dirangka dan dirancang oleh pelbagai jabatan di UiTM Cawangan Pahang. Antaranya ialah:
TIK TOK HIJRAH MERDEKA –
CERAMAH HIJRAH MERDEKA
MAJLIS TAHLIL & KESYUKURAN PERDANA
PERTANDINGAN MEWARNA TEMA “MALAYSIA PRIHATIN”
BENGKEL ATAS TALIAN “MERDEKA JIWA : 10 PERKARA YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA JEPUN”
BENGKEL ATAS TALIAN “JOM BUDAYAKAN EKSA”
PROGRAM FOTOGRAFI AMATUR “ SHARE YOUR PROUD MOMENTS AS MALAYSIAN”
LET’S EXPLORE AND WIN: MERDEKA ONLINE QUIZ”
BACA & MENANG: RENSESI BUKU SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
PROGRAM LIVE@PTAR : MERDEKA NORMA BAHARU BERSAMA ALUMNI
PERTANDINGAN ESEI AKU DAN MERDEKA
WEBINAR : KESOPANAN DAN KESUSILAAN DALAM KESEJAHTERAAN SOSIAL
Diharap Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang diadakan akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga UiTM tentang erti kemerdekaan serta dapat memupuk warga UiTM yang berjiwa patriotik dan sayangkan negara.