Bengkel Tatacara Pengurusan dan Pengendalian Media Sosial peringkat UiTM Cawangan Pahang

Telah berlangsung Bengkel Tatacara Pengurusan dan Pengendalian Media Sosial peringkat UiTM Cawangan Pahang pada 23 Julai yang lalu dan telah disampaikan oleh Saudara Mohd Zairul Masron, Ketua Media Sosial UiTM Shah Alam. Beliau telah berkongsi banyak ilmu-ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan laman sosial.

Bengkel ini telah dihadiri oleh semua moderator laman sosial yang telah dilantik dari kalangan staf daripada Bahagian, Unit, Fakulti, dan Pusat Pengajian. Turut menyertai sesi perkongsian ini serta ialah para moderator laman sosial dari kalangan pelajar yang mewakili Kelab dan Persatuan dalaman di UiTM Cawangan Pahang.

Antara isi perkongsian bengkel ini ialah tatacara mengendali dan menguruskan laman sosial secara bertanggung jawab dan menepati kriteria serta etika selaku sebuah organisasi institusi pengajian tinggi awam.

UiTM Cawangan Pahang komited dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat bagi setiap isu dan berita yang melibatkan universiti. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan di kalangan para moderator supaya dapat menjalankan tugas dan amanah dengan lebih efisien.