Pelancaran Program “Dare To Be Fit 2.0” di Majlis Kemuncak Program Sahabat Greenation, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Pelancaran program “Dare To Be Fit 2.0” yang diadakan bersama majlis program kemuncak “Sahabat Greenation” yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini telah berlangsung di Laman Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 4 November 2020.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menerapkan gaya hidup sihat disamping mengeratkan ikatan silaturahim dengan harapan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kakitangan UiTM cawangan Pulau Pinang. Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan seperti senaman tabata, zumba, yoga, kayuhan basikal dan berjoging. Selain itu, aktivit-aktiviti luar kampus yang turut ditawarkan pada para peserta seperti mengembara di Cherok Tok Kun, Pantai Kerachut dan Bukit Bendera. Terdapat juga acara “Cooking For Diet 2.0” untuk mengalakkan lagi amalan pemakanan seimbang.

Turut hadir penasihat program Dr. Siti Nur Fadzilah Binti Muhsain dan pengarah program Tuan Haji Bahman Bin Jamaluddin bagi memeriahkan lagi majlis program kemuncak “Sahabat Greenation”. Slot senaman tabata yang di bawa oleh ahli-ahli jawatankuasa program “Dare To Be Fit 2.0” yang turut disertai oleh para tetamu kehormat amat mengujakan semua hadirin.

Tahniah diucapakan kepada ahli-ahli jawatankuasa atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Diharapkan program aktiviti-aktiviti fizikal seperti ini dapat mengalakkan lagi kakitangan UiTM untuk kekal sihat dan cergas.