Pelajar UiTM CM Menyertai “Program Office Management Summer Course to Launch Y Career – SDG Airlangga Interdiscipline Learning Program (SAIL)”

SURABAYA, 28 November 2022 – Seramai 21 orang pelajar bersama 5 pensyarah dan Ketua Pusat Pengajian dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) telah menyertai “Program Office Management Summer Course to Launch Y Career – SDG Airlangga Interdiscipline Learning Program (SAIL)” dari 28 November – 3 Disember 2022 bertempat di Hotel Suite Surabaya, Indonesia.

Program anjuran dan kolaborasi bersama Fakultas Vokasi, Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia melalui program Manajemen Perkantoran Digital, Fakultas Ekonomi dan Bisnis serta SDGs Universitas Airlangga ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Bambang Sektiani Lukiswanto, Timbalan Rektor Akademik, Mahasiswa dan Alumni (AMA) Universitas Airlangga.

Peserta bagi program kolaborasi antarabangsa ini melibatkan pelajar dari 5 negara iaitu Indonesia, Malaysia, Yaman, Egypt dan Afghanistan. Turut hadir Dekan Fakultas Vokasi Prof. Dr. Anwar Ma’ruf, Timbalan Dekan I, Dr. Tika Widiastuti., dan Timbalan Dekan II, Dr. Imam Susilo bersama Ketua SDGs Bayu Arie Fianto. pimpinan yang mewakili dari Fakultas Ekonomi dan Bisnis dan Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Dr. Siti Normah Awang Tuah serta pensyarah penasihat terlibat.

Dr. Rahmat Yuliawan selaku ketua program Manajemen Perkantoran Digital ini berpendapat bahawa program kolaborasi antarabangsa ini harus dilaksanakan secara berterusan kerana telah memberi banyak impak yang sangat positif terhadap para peserta sekaligus mencapai Petunjuk Prestasi (PI) bagi kedua-dua universiti.