Pelajar FSKM Finalis MaGIC University Startup Challenge (USC) 2020

Baru-baru ini telah berlangsung Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)’s University Startup Challenge 2020 (USC) secara maya. Tiga pasukan dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam di antara 30 pasukan yang terpilih untuk ke peringkat akhir. Tiga kumpulan tersebut menamakan diri mereka sebagai Clazzy, theDapo dan Kidzcar.

Kumpulan Clazzy terdiri daripada Muhammad Firdaus bin Jamdi, Muhd ​​Aqmal Afiq Bin Adnan, Ainol Rozaimi Syaafiq Asyraf dan Fitri Sazali yang merupakan pelajar Sistem Pintar Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian), Kejuruteraan Sistem Pintar dan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian). Mereka yang dibimbing oleh pensyarah FSKM iaitu Dr Ruhaila Maskat, Puan Nurzeatul Hamimah dan Dr Marina Yusof, mengilhamkan inovasi Clazzy satu pelantar untuk individu-individu yang berkelayakkan memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada orang lain. Clazzy diciptakan sebagai penyelesaian untuk membolehkan lebih ramai orang berkongsi pengetahuan dan belajar.

theDapo diilhamkan oleh Wan Muhammad Arif bin Mohamad Nazir dan Muhd ​​Ihsanuddin bin Embran pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Maklumat dengan bantuan Dr Suriyati Razali sebagai penasihat projek. TheDapo menggunakan konsep pengkomputeran awan dalam menreliasasikan idea Cloud Kitchen dengan tujuan untuk membantu surirumah atau Home Chefs untuk mengkomersialkan perniagaan mereka.

Ahli pasukan Kidzcar terdiri daripada pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang. Kidzcar terdiri daripada Nurariff Subri Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan UiTM Shah Alam, Shafira Hussin dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Dasar UiTM Merbok, Kedah dan Siti Rafhana Abd Hanim dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana. Idea ini yang diilhamkan oleh NurAriff Subri bersama pensyarahnya Puan Fauziah Ahmad, merupakan rentetan kebimbangan mengenai kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dan kesukaran rutin harian ibu bapa untuk menghantar dan menjemput anak-anak mereka ke sekolah. Seuhubungan itu , Kidzcar tercetus berkisar e-hailing untuk pengangkutan anak-anak.

Pertandingan ini bermula pada bulan Jun dan sesi pitching peringkat akhir telah diadakan selama 3 hari pada 18 hingga 20 Oktober 2020. Ia disertai lebih 400 pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi tempatan (IHL) dan Sebanyak 156 pasukan telah mengambil bahagian. Juri-juri yang terlibat adalah Wan Dazriq Wan Zulkiflee, Ventures & Ecosystem Geo Lead, Inovasi Strategi & Perundingan, Accenture; Shahrizan Abd Latif, Ketua, Kampus pitchIN; Muzakkir Mohamad, Penganalisis, Cradle Fund Sdn Bhd dan YM Raja Taufik Azad Ahmad Suhaimi, Ekonomi dan Pelaburan, Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA).

Pelajar-pelajar ini  memperoleh banyak pengalaman berharga yang dapat ditambahkan dalam perjalanan keusahawanan mereka. Program ini telah menjadi pelantar rangkaian untuk usahawan-usahawan dari universiti di seluruh Malaysia dengan pelbagai latar belakang. Pertandingan ini memberikan pendedahan dalam masa yang sama mewujudkan peluang kerjasama yang lebih luas.