Surakarta, Indonesia – Pada 3 hingga 5 Ogos 2023, seramai 35 orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah terpilih untuk menyertai pameran kerja akhir di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSRD) Universiti Sebelas Maret (UNS) Surakarta, Indonesia. Secara khususnya, Pameran Projek Akhir Antarabangsa ‘Final Project Exhibition 2023’ ini telah di sertai oleh pelajar-pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Perak dari bidang interaktif design, Fotografi, dan Ilustrasi. Di mana pensyarah yang bertanggunjawab adalah Dr. Mohd Khairulnizam Ramlie dan En. Asharaf Abdul Rahaman dari Jabatan Grafik dan Digital Media, En. Muhammad Asri Azuddin dari Jabatan Fotografi.
Penyertaan pelajar dan pensyarah dalam pameran di peringkat antarabangsa ini di antara lainnya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan berkongsi maklumat antara universiti lain terutamanya university antarabangsa. Selain itu, penyertaan pameran di tahap antarabangsa seperti ini dapat memberi nilai tambah kepada keyakinan diri pelajar dan membuka ruang-ruang kerjasama yang lebih erat antara rakan universiti dari dalam dan luar negara.
Di harapkan agar penyertaan-penyertaan di peringkat antarabangsa ini akan terus dilaksanakan dan mendapat sokongan yang baik dari semua pihak.
Untuk maklumat lanjut pameran dan memuat turun katalog pameran : http://www.finalproject-exhibition.web.id/