Multimedia Day 2022 (Online): The Best Interactive Video Of Awareness Campaign

Program Multimedia Day 2022(Online) diadakan sebagai penghargaan kepada pelajar program CS110 dan CS111 yang telah menghasilkan video interaktif dalam kursus CSC253.Seramai 180 pelajar terlibat yang mana pelajar perlu menyediakan video interaktif berkonsepkan awareness secara berkumpulan dan memilih kategori samada kategori animasi ataupun drama. 7 video terbaik dari setiap kategori telah disenarai pendek dan dijuri oleh pensyarah Jabatan Sains Komputer.

Pengumuman video interaktif terbaik telah dibuat secara langsung di FB FSKM UiTM Cawangan Pahang pada 8  Mac 2022. 7 video terbaik termasuk video yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam setiap kategori telah diumumkan. Video pesanan pensyarah CS disiarkan sebagai selingan dalam setiap pengumuman Program ini merupakan satu aktiviti Jabatan Sains Komputer bagi memupuk semangat pelajar untuk berkarya dan bergiat aktif memandangkan pelajar tidak berpeluang menjalankan aktiviti secara bersemuka. Semoga program sebegini dapat diteruskan bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.