MoU Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Inner Mongolia University of Technology

19 Mac – Satu Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM KPPIM dan Inner Mongolia University of Technology (IMUT) telah berlangsung secara hibrid pada hari ini. UiTM diwakili Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibudin, Naib Canselor UiTM manakala IMUT di wakili oleh Profesor Guang Hong Fei, Naib Presiden IMUT.

Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibudin berkata kolaborasi antara UiTM dan IMUT bukan sahaja menepati dengan hasrat UiTM untuk menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025 malah ia juga selari dengan asprasi Malayasia Madani. Beliau menambah bahawa kedua-dua universiti akan bekerjasama dalam bidang keselamatan siber, data raya dan analitik data .

Cik Siti Farah, Setiausaha Agung ACEC turut menyoroti bahawa kerjasama dengan UiTM memperkukuh rangkaian Industri-Akademik-Penyelidikan, secara tidak langsung pelbagai kerjasama budaya dan projek di kalangan negara Asia sepanjang Inisiatif Jalur dan Laluan. Ini termasuk lawatan profesor, pakar, dan program yang dibiayai sepenuhnya.

Usaha kerjasama ini telah mula menunjukkan hasil dengan pengaturan pelbagai aktiviti praktikal industri-akademik-penyelidikan. Menurut Profesor Guang Hong Fei, pada awal tahun 2024, pelajar dari kedua-dua universiti telah mengunjungi syarikat terkenal dan menjalani pengalaman kebudayaan kampus, seterusnya memperluaskan horizon pendidikan antarabangsa mereka.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung penyampaian hadiah Anugerah Khas kepada UiTM menerusi KPPIM bagi Pertandingan 4th Double Q Robot Development Competition yang dianjurkan oleh Guilin University of Electronic Technology (GUET). Cek dan sijil disampaikan oleh Encik Yang Chengcheng, Pengarah Eksekutif Serantau Asia China Education & Culture Association (ACEC) kepada UiTM.

Pasukan KPPIM yang menggelarkan diri mereka Durian Tech terdiri daripada Iman Shafiq bin Zulkifli, Zubli Quzaini Bin Zubli, , Muhammad Haikhqal Bin Nasrat Taliff, dan Muhammad Hakim bin Mohammad Fadzli dari program Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kejuruteraan Sistem Maklumat) . Penasihat bagi kumpulan ini adalah Dr Azliza Mohd Ali, pensyarah kanan Sains Pengkomputeran.

Majlis yang berlangsung di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin , UiTM telah dihadiri oleh Profesor Ts Dr Haryani Haron, Penolong Naib Canselor KPPIM dan pengurusan kanan KPPIM. Turut hadir secara dalam talian adalah Timbalan Sekretariat Parti GUET, Professor Nie Hui.