Misi Moreh Mekdi Bersama PUSDA’I Dengan Kerjasama +ICAN dan Kolej Melati

13 April 2023 | Program Misi Moreh Mekdi bersama Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM diperluaskan lagi kali ini dengan lawatan ke Pusat Pengajian dan Dakwah Islamiyah Dakwah Maghfirah (PUSDA’I) yang terletak di Kampung Kuantan, Batang Kali Selangor. Pusat pengajian ini dihuni oleh 35 orang pelajar tahfiz telah terpilih bagi Misi Moreh Mekdi kali ini.

Misi yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) bermula di McDonald’s Seksyen 3 Shah Alam. Pihak McDonald’s berbesar hati menyumbang McChicken dan pai epal untuk dinikmati oleh penghuni PUSDA’I sebagai juadah moreh pada malam tersebut. Pada kali ini, misi dijayakan dengan kerjasama dari kumpulan pelajar Kolej Melati yang merupakan ahli Exco Tugas-Tugas Khas dan Kesukarelawan yang diketuai oleh Saudari Mubinah Ariff.

Pihak UiTM khususnya Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) dan Kolej Melati amat berbesar hati dengan sumbangan yang telah diberikan oleh McDonald’s Malaysia pada kali ini. Semoga sumbangan dan Kerjasama kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.