Misi Akademik Program Pra Diploma UITMCNS ke Sekolah-Sekolah di Sekitar Negeri Sembilan

Bersempena dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 pada 08 Jun 2023 yang lalu, Program Pra Diploma UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan misi akademik Program Pra Diploma UITM di sekolah-sekolah yang terpilih di sekitar kawasan Negeri Sembilan, meliputi daerah Kuala Pilah, Jempol & Jelebu, Seremban dan Rembau. Sebanyak 15 buah sekolah sekitar Negeri Sembilan menerima kunjungan petugas -petugas Misi Akademik Pra Diploma. Seramai 30 orang barisan sukarelawan yang terdiri daripada warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah turun padang ke sekolah-sekolah tersebut dan membuka booth pameran serta mempromosikan secara langsung program pra diploma kepada para pelajar dan calon-calon

lepasan SPM 2022. Antara sekolah yang terlibat adalah :
1. SMK Undang Jelebu
2. SMK Batu Kikir
3. SMK Dato Mansor
4. SMK Dato’ Abdul Samad
5. SSN SMK Za’aba
6. SMK Tuanku Muhammad
7. SMK Senaling
8. SMK Panchor
9. SMK Dato’ Sedia Raja
10. SMK Datuk Abdullah, Astana Raja
11. SMA Hj Mohd Yatim
12. SMK Dato’ Undang Hj Adnan
13. SMK Pedas
14. SMK Seremban Jaya 2
15. SMK Senawang

Melalui misi akademik ini, calon-calon lepasan SPM 2022 berpeluang untuk mendapatkan maklumat berkaitan program-program yang ditawarkan di UiTM, khususnya program Pra Diploma UITM serta mendapatkan pandangan dari petugas-petugas mengenai program yang sesuai dimohon oleh pelajar berdasarkan keputusan SPM yang diperoleh. Para pelajar juga boleh membuat permohonan nombor pin secara percuma sewaktu misi akademik dijalankan. Untuk rekod, permohonan Pra Diploma Fasa 1 ini adalah bagi sesi kemasukan Oktober 2023, dan ia dibuka sehingga 30 Ogis 2023.