Mini Kursus Perancangan Strategik dan Kursus Pengurusan Organisasi SMF FSK 2020

 

PUNCAK ALAM – Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menjalankan satu program ilmiah iaitu program Mini Kursus Perancangan Strategik dan Kursus Pengurusan Organisasi SMF FSK 2020 yang acap kali diadakan pada setiap penggal. Program ini memberi pendedahan kepada ahli persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti mengenai penyelarasan program-program yang akan dijalankan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor kerana wabak pandemik Covid-19 disamping memberi pendedahan tentang tatacara pendokumentasian program yang lebih tepat dan teratur.

Seramai 32 orang ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan dan dua orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta tujuh orang mahasiswa daripada jawatankuasa pelaksana yang telah terlibat dengan program ini. Program ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Fauzli bin Mohd Yusof yang merupakan penasihat persatuan SMF. Program ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet.

Melalui program Mini Kursus Perancangan Strategik dan Kursus Pengurusan Organisasi SMF FSK 2020 ini juga, setiap ahli persatuan SMF telah memperoleh lebih banyak maklumat baru untuk diaplikasikan di dalam tugas masing-masing dan menambahbaik susun atur serta tatacara pendokumentasian program yang akan mereka laksanakan. Ini bukan sahaja membantu dalam mengekalkan professional etika sesebuah program, malahan ia mampu meningkatkan nilai tambah dalam setiap ahli persatuan.