Minggu ICAN 2022, Fakulti Pengurusan Perniagaan Puncak Alam Selangor

Puncak Alam, 29 November 2022 – Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Fakulti Pengurusan Perniagaan (ICAN, FPP) telah berjaya menganjurkan Minggu ICAN FPP 2022 @ FBM ICAN Week 2022 selama 5 hari bermula dari 29 November 2022 sehingga 3 Disember 2022.

Program yang dijalankan secara bersemuka untuk kali pertamanya setelah hampir 2 tahun penularan COVID-19 berjaya menghimpun pelbagai industri seperti perkhidmatan, perkilangan & pembuatan, kewangan, pembinaan, peruncitan, pelaburan, konsultansi mahupun agensi kerajaan sendiri ke Fakulti Pengurusan Perniagaan Puncak Alam, Selangor.

Antara syarikat yang menyertai program ini seperti Maybank, McDonalds, MBSB, Top Glove, Jabatan Perangkaan Negeri Selangor (DOSM), TalentCorp, MSM Malaysia, InvestKL Corporation, Kumpulan Perangsang Selangor (KPS), Mudajaya Corp Sdn Bhd, Daolat Legacy Sdn Bhd, Malaysia Rating Corp Berhad (MIRC) dan KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Sepanjang minggu ini, pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai maklumat serta perkongsian oleh pakar industri dari pelbagai sudut merangkumi tip resume dan temuduga, peluang penempatan industri dan pekerjaan, pengurusan kewangan, pembangunan sahsiah/ kendiri, pengurusan & operasi, serta perkongsian keperluan pasaran pekerjaan. Sebanyak 2,000 pelajar mendapat manfaat dari sesi perkongsian ini.

Selain itu perkongsian industri, terdapat juga program komuniti di mana beberapa buah sekolah rendah dan menengah terpilih disekitar Puncak Alam dijemput hadir bagi memberi pendedahan pengalaman di universiti oleh tenaga pengajar. Pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah rendah dan menegah ini juga dibawa melawat ke beberapa makmal di Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi. Dalam masa yang sama, beberapa alumni FPP mahupun UiTM sendiri dijemput untuk sesi perkongsian ilmu dan pengalaman. ICAN Week 2022 juga dimeriahkan dengan Karnival Keusahawan yang dikelolakan oleh Sekreteriat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan mendapat kerjsama dengan pihak Maybank (Facfest x Port with Maybank). Maybank Berhad telah menaja RM4 untuk setiap pembelian RM10 keatas untuk semua staf dan pelajar yang mengunjungi Karnival Keusahawan tersebut.

Penganjuran program mendapatkan kerjasama yang baik dengan industri yang akan diadakan secara tahunan sebagai medium perkongsian industri kepada pelajar seterusnya diharapkan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan Fakulti Pengurusan Perniagaan mahupun Universiti Teknologi Mara sendiri.

Penulis: Dr Mohd Zamri Abu Bakar dan Dr Nor Farradila Abdul Aziz, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UITM Puncak Alam