Minggu Destini Siswa (MDS) merupakan program wajib di peringkat universiti yang
dianjurkan oleh Pejabat Am Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak dengan
kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTMCS sesi 2022/2023. Matlamat utama
program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang
perkhidmatan dan frasarana di UiTM Cawangan Sarawak di samping memberi penerangan
tentang peraturan Akta 174 yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar UiTM. Selain itu,
program ini juga bertujuan memberi motivasi kepada pelajar penerapan untuk menguruskan
diri sendiri serta menyemarakkan semangat menimba ilmu dan nilai MADANI bagi mencapai
tahap kecemerlangan.
Penganjuran program Minggu Destini Siswa (MDS) pada kali ini dilaksanakan secara Hybrid
iaitu gabungan program secara fizikal, MDS Digital dan Minggu Edu 5.0 serta beberapa sesi
live telecast dari Kampus induk UiTM Shah Alam.
Minggu Destini Siswa (MDS) sesi Mac-Ogos 2023 UiTM Cawangan Sarawak telah bermula
pada 13 hingga 17 Mac 2023 bertempat di Dewan Jubli, Kampus Samarahan. MDS kali ini
melibatkan seramai lebih kurang 315 orang pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
lepasan STPM/ Matrikulasi dan Asasi. Majlis Amanat dan Perasmian MDS peringkat
cawangan telah diadakan pada 17 Mac 2023 dengan kehadiran Timbalan Rektor Bahagian
Hal Ehwal Pelajar yang mewakili rektor dan pengurusan kanan UiTM Cawangan Sarawak.