Memorandum persefahaman (MoU) antara UiTMCM dengan Universiti Chiang Rai Rajabhat, Thailand

ALOR GAJAH – Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Chiang Rai Rajabhat, Thailand bagi kerjasama akademik, penyelidikan, mobiliti, outbound dan kemasyarakatan Asean.

Rektor UiTM, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini berkata, UiTM mengambil peluang itu bagi melaksanakan kerjasama dalam aspek penyelidikan dan pembangunan program mobiliti pelajar bagi kedua-dua universiti.
Selain itu, inisiatif ini dapat mewujudkan platform seperti forum, seminar, dan residensi yang bakal memberi manfaat kepada warga staf mahupun pelajar mengikut kesesuaian akademik universiti kedua-dua pihak.
“UiTM dan CRRU akan menumpukan dalam kepakaran dengan lebih mendalam bagaimana praktis budaya dan kesenian negara luar mempertahankan identity dan keunggulan warisannya melalui bidang Pendidikan tinggi dan dunia akdemik terkini.

Usahasama ini dirangka untuk membudayakan inovasi mempelihara warisan dalam wacana kesenian melalui Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan fakulti disamping melebarkan hubungan antarabangsa dengan negara Asean melalui program mobility dan komuniti.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Melaka dan Assistan President for International Affair CRRU, Dr Natthaphon Santhi disaksikan oleh Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor HEA dan Profesor Madya Dr Ohm Pattanachoti, Head of Visual Art, Faculty of Humanities.

Dengan termeterainya memorandum ini, kerjasama penyelidikan mobiliti, outbound dan kemasyarakatan Asean antara dua buah negara diharap dapat dilaksanakan dan memberikan manfaat kepada warga UiTM dan CRRU.

#uitmdihatiku
#kitauitmmelaka
#keluargaUiTM
#sinergibersama
#sinergitrust
#uitmcmoktober2022