MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENJAYAKAN PROGRAM FESTIVAL ALTRUISME 3.0 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Profesor / Dr / Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENJAYAKAN PROGRAM FESTIVAL ALTRUISME 3.0 2023

Dengan segala hormat dan takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam akan mengadakan Festival Altruisme 3.0 2023 yang merupakan susulan daripada program Hari Altruisme APB 1.0 (2017) dan Karnival Cakna Komuniti APB (KACAK) yang telah diadakan pada tahun 2018. Program ini merupakan salah satu platform pemangkin aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang mampu memberi penekanan, pendedahan dan kesedaran akan peranan mahasiswa dan masyarakat dalam aktiviti kesukarelawanan khususnya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, Tunanetra (hambatan penglihatan) dan lain-lain kurang upaya. Program ini turut memupuk keprihatinan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat dalam melestarikan makna Altruisme. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh / Hari : 7 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5 petang
Tempat : Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, Selangor

Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sumbangan dalam bentuk dana daripada pihak YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Profesor / Dr / Tuan / Puan untuk menjayakan program ini. Semoga sumbangan ikhlas yang dihulurkan daripada pihak YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Profesor / Dr / Tuan / Puan, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sumbangan dana boleh disalurkan dengan mengimbas kod QR seperti dalam poster yang dilampirkan bersama dengan permohonan ini.

Sekian, terima kasih.