“Moving ahead Bigger, Bolder, Better” itu bertujuan untuk menjelaskan skop, fungsi, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BPPA, di samping memaklumkan tentang hala tuju penstrukturan Bahagian Penilaian Akademik (BPA) yang telah pun dijenamakan sebagai Bahagian Pentaksiran & Penilaian Akademik (BPPA).
Fasa 1 “Inception”, 2020 – Adalah permulaan kepada idea penstrukturan eksosistem pentakspiran dan penilaian UiTM. Secara umumnya, dua unit berfungsi secara berasingan dalam hal pentaksiran dan penilaian:
a. Unit Hal Kurikulum (Portfolio Ketua Pentaksiran dan Penilaian – menguruskan pembangunan rekabentuk kandungan, kaedah dan pemantauan penilaian akademik)
b. Bahagian Penilaian Akademik – menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan akhir melibatkan pengurusan kertas soalan peperiksaan akhir, lokasi dan penjadualan, memproses, menyedia dan membentangkan prestasi peperiksaan akhir.
Bagi memperkemaskan pentaksiran dan penilaian akademik, fungsi Ketua Pentaksiran dan Penilaian dicadangkan untuk dipindahkan ke BPA dengan kaedah penstrukturan. Penstrukturan ini telah memberikan kesan terhadap penamaan jabatan, skop dan fungsi. Adanya struktur baru ini, ia membolehkan proses merekabentuk, mengurus, mentadbir dan memantau dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan mengisi kelompongan ekosistem sediaada.
Fasa 2 “Bigger” 2021. 1 Februari 2021 merupakan tarikh beroperasinya BPPA dengan tiga aspirasi utama iaitu untuk memastikan pembangunan kurikulum dan pentaksiran bergerak sehala, menjamin satu kitaran lengkap bermula dari aspek rekabentuk kurikulum, penilaian, pengukuran, dan pemantauan berterusan, dan meningkatkan keupayaan universiti menghasilkan program akademik yang berdaya saing dan memiliki pengukuran yang berkualiti. Memfokuskan kepada tadbir urus tangkas dan mantap, semakan menyeluruh terhadap terma, konsep, proses pengurusan, dan pelaksanaan pentaksiran yang fleksibel, holistik, melangkaui bilik kuliah, dan autentik demi melahirkan pelajar yang berkualiti, berintegriti, dan berkeupayaan untuk beradaptasi mengikut keperluan semasa.
Fasa 3 “Better” 2022. Setelah semua tadbir urus disemak dan ditambahbaik. Perhatian diberikan terhadap memantapkan sistem pengurusan yang lebih cekap dan efisien antaranya :
a. Pengurangan Kod Kursus Peperiksaan Akhir sebanyak 50% selaras dengan aspirasi GRU2025, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPPM-PT] 2015-2025, Kerangka Kurikulum Tersedia Kehadapan dan Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA 2017) meneroka potensi pentaksiran alternatif/holistik.
b. Pelaksanaan Sistem Question Bank System (QBS) – Pembangunan dan Penjanaan Item Soalan.
c. Penambahbaikkan Modul Assessment turutamanya melibatkan Penilaian dalam Talian, E-Proctoring, permarkahan dan maklumbalas pelajar.
d. Pembangunan Instrumen Pemantauan Pentaksiran dan Penilaian
e. Kajian Pembangunan dan Penyelidikan Pentaksiran dan Penilaian
BPPA juga menawarkan webinar yang merangkumi trend dan perkembangan terkini dalam pentaksiran pendidikan tinggi. Webinar ini menampilkan tokoh di dalam bidang untuk berkongsi amalan baik yang telah mereka laksanakan di dalam pentaksiran dan penilaian alternatif. Dalam penyesuaian perubahan fasa open-distance learning (ODL) kepada medium konvensional seperti sediakala, BPPA telah merangka siri webinar 30 minit sebagai usaha untuk menyajikan warga dengan informasi berkenaan pentaksiran dan penilaian secara berkala. Webinar pendek sebegini mudah diakses, kos efektif dan fleksibel untuk warga akademik memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu.
Fasa 4 “Bigger” 2023. Terdapat 5 insiatif telah dirangka melalui Bengkel Perancangan Strategik BPPA Tahun 2023-2025 pada 19 hingga 20 Disember 2023 iaitu :
a. “Globally Marketable”
b. Persediaan “Decentralization” bagi Pengurusan Peperiksaan Akhir
c. Penambaikbaikkan CQI melalui kualiti individu dan organisasi
d. Pembangunan Manual Pengurusan dan Operasi Pentaksiran dan Penilaian
e. Membangunkan JKIPA Dashboard dan Penambahbaikan Sistem CDL-CQI
Bagi memastikan setiap insiatif ini berjaya bukan hanya pada kerangka atau model. Kerjasama antara PTJ akademik dipergiatkan. Selain daripada itu BPPA bergerak aktif dengan kerjasama Maxis dalam mempraktikkan Integrative Assessment & Experiential Learning yang melibatkan kepakaran pelbagai bidang ilmu serta keterlibatan industri.
Dalam usaha melonjakkan kebolehpasaran graduan UiTM di peringkat antarabangsa, Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor menyeru warga UiTM untuk menggembleng tenaga di dalam penghasilan pelajar yang serba lengkap dengan “smart & sharp skills”. BPPA telah menaksirkan “smart” dan “sharp skills” sebagai individu yang mempunyai kebijaksanaan, mampu berfikir secara analitikal dan strategik dalam mencipta penyelesaian inovatif untuk masalah yang kompleks. “Sharp”, dalam erti kata lain, merujuk kepada individu yang mampu berfikir dan bertindak dengan cepat dan tepat. Graduan juga perlu pintar dan mampu mengartikulasi serta mengoptimumkan sumber manusia melalui teknologi masakini.
Sebagai salah satu usaha meraikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran, pengajaran, dan pentaksiran di UiTM, Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik menjadualkan tiga (3) siri webinar tentang penggunaan Chat GPT di dalam pentaksiran pelajar seperti berikut:
a. “Mastering the Art of Question Design with ChatGPT” (1 Mac 2023)
b. “Advanced Techniques for Effective Question Design with ChatGPT” (3 Mac 2023
c. “Creating Effective Assessments with ChatGPT: From Design to Grading” (6 Mac 2023)
Setiap fasa yang digariskan telah ditentukan dengan inisiatif tertentu bagi memastikan ekosistem pentaksiran dan penilaian UiTM sentiasa terkehadapan dan lestari. Ianya juga memastikan amalan baik UiTM menjadi rujukan bukan sahaja dalam negara tetapi di luar negara.
Sekian.