Embracing Cultural Diversity: Virtual Inbound Outbound Mobility Programme Between UiTM Mukah Campus & Rajabhat University, Thailand

Pada tanggal 30 November 2023, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah mengadakan satu program mobiliti pengantarabangsaan secara maya yang dinamakan “Embracing Cultural Diversity: Virtual Inbound Outbound Mobility Programme Between UiTM Mukah Campus & Rajabhat University, Thailand” bagi menggalakkan serta mempergiatkan aktiviti pertukaran pelajar di antara universiti tempatan dan antarabangsa.

Seramai 186 orang pelajar daripada Semester 4-5 program BA111 (Diploma Pengajian Perniagaan) dan program BA119 (Diploma Pengajian Perbankan) telah mengikuti program ini secara maya dan melibatkan 30 orang pensyarah di bawah Pusat Pengajian Pengurusan dan Perniagaan. Ia juga melibatkan penyertaan secara maya daripada Universiti Rajabath, Thailand iaitu dianggarkan seramai 100 orang.

Program ini telah berlangsung selama 1 hari secara maya dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara syarahan. Pembukaan program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Abdul Razak Bin Abdul Kadir, Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah. Pembentangan kertas kerja di sebelah sesi pagi disampaikan oleh Encik Mohamad Musa Bin Bohari dengan syarahan bertajuk Melanau Culture: More To Discover diikuti oleh Encik Ahmad Faisal bin Mahdi dengan syarahan bertajuk Readiness of Ecotourism Among Mukah Community diikuti oleh Criselda Binti Yap dengan syarahan bertajuk Teluwaih Jinih: Belles of Borneo dan sesi pagi diakhiri oleh Ahmad Basir Bin Banyuk dengan syarahan bertajuk Sarawak Tourism.

Disambung pula dengan sesi petang oleh Thaweephong Khongma dengan syarahan bertajuk Andaman Tourism diikuti pula Pimonrat Radphukheaw dengan syarahan bertajuk Phuket City of Gastronomy Tourism: Food Culture dan sesi petang diakhiri oleh Dr. Yusman Bin Yacob dengan syarahan bertajuk Mukim Batu Puteh Kinabatangan Tourism Cooperative (KOPEL): Success Stories. Program ini disempurnakan lagi dengan penutupan oleh Prof. Madya Dr. Noppadol Chanrawang, Dekan Fakulti Sains Pengurusan, Universiti Rajabath, Thailand. Penganjuran program pada kali ini telah mendapat sambutan yang sunggguh menggalakkan serta bermanfaat dalam usaha memperkasakan ilmu pengetahuan dan mencintai kepelbagaian budaya serta mampu meningkatkan visibiliti universiti di peringkat antarabangsa.