Persatuan Pelajar Pemakanan dan Dietetik UiTM Puncak Alam telah berjaya menjalankan program Malaysia Dietetics Day (MDD) 2020 sepanjang bulan September 2020. Program ini juga telah dilaksanakan secara atas talian dimana antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung adalah Healthy Cooking Demo, Pertandingan Quiz dan Poster, Spread Awareness, dan Appreciation post. Kebanyakan aktiviti yang berlangsung di atas talian ini telah dipamerkan di akaun Instagram Nutrition and Dietetics Association (NADA).
Program ini bertujuan untuk menyampaikan informasi terbaru dalam bidang pemakanan dan dietetik, serta tip-tip dan penyelesaian yang praktikal kepada komuniti. Selain itu juga, tujuan program ini berlangsung adalah untuk menghargai jasa pegawai pemakanan dan dietetik tidak kira di sektor mana mereka berada. Program ini juga memberikan kesedaran serta menggalakkan penglibatan mahasiswa dan komuniti dalam mengendalikan cara pemakanan yang sihat dan optimum dalam kehidupan seharian dan melahirkan pelajar yang bermutu, kritis dan kreatif serta mampu menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti dalam bidang ini melalui pemerhatian serta penelitian yang dilakukan serta melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan memupuk sifat professionalisme dalam diri pelajar dalam mengendalikan program.
Aktiviti Healthy Cooking Demo adalah aktiviti dimana peserta perlu merakam video dalam menghasilkan makanan sihat. Setiap video yang dihasilkan oleh peserta akan dipamerkan di dalam akaun Instagram NADA.
Aktiviti yang kedua pula adalah pertandingan kuiz dan poster. Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah, mencungkil dan menilai pengetahuan pelajar dietetik terhadap bidang dietetik.
Aktiviti yang ketiga adalah Spread Awareness yang bertujuan untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu-ilmu yang berguna kepada orang awam. Aktivti ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali setiap minggu sepanjang bulan September.
Aktiviti yang terakhir iaitu Appreciation Post adalah poster yang direka oleh para peserta akan dipamerkan di akaun Instagram NADA. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan tanda penghargaan berterima kasih kami atas jasa yang telah diberikan terutama kepada pensyarah yang banyak mendidik kami dan para-para alumni yang telah pun berkerjaya dalam bidang pemakanan.