Malam Apresiasi Karyaku

Program Malam Apresiasi Karyaku ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine. Program ini telah diadakan pada 7 Julai 2022 pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam yang bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine. Program ini bertujuan untuk menghargai setiap gerak kerja yang telah dijalankan sepanjang program Karyaku berlansung. Bukan itu sahaja, program ini juga telah meningkatkan hubungan silaturrahim antara Staf Resident Kolej, Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan pelajar.

Menurut Ketua program iaitu Saudari Azirah, program ini telah banyak kali ditunda kerana kekangan waktu dan juga terlalu dekat dengan program lain. Walaupun banyak halangan dan cabaran berlaku dalam melangsungkan program ini, akan tetapi program ini dapat dilangsungkan dengan jayanya pada hari yang ditetapkan walaupun banyak SRK tidak dapat menghadiri program ini atas sebab selepas musim perayaan. Akan tetapi dengan sokongan dan kerjasama semua, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.