Majlis Virtual Pra-Graduasi dan Kecemerlangan 2021 anjuran Cess Pahang telah dilangsungkan pada malam ini bermula jam 8.00 mlm pada 6 September 2021 yang diadakan secara atas talian. Majlis ini bertujuan untuk meraikan para pelajar semester akhir yang bakal menamatkan pengajian masing-masing dan para pelajar yang telah berjaya mendapat Anugerah Dekan bagi Semester Mac – Julai 2020 dan Semester September 2020 – Februari 2021. Lazimnya majlis ini diadakan secara bersemuka, namun disebabkan pandemik yang melanda menyebabkan pengajuran secara atas talian menjadi pilihan terbaik.
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs Prof.Madya Dr Nazirah Ramli , Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Pahang. YBrs Sr Mohd Razmi Zainudin, Ketua Pusat Pengajian dan Para Pensyarah serta Penolong Jurutera Makmal Pengajian Kejuruteraan Awam turut hadir meraikan para pelajar.
Seramai 315 orang pelajar yang mendapat Anugerah Dekan telah diraikan pada malam ini. Majlis ini juga telah menobatkan Tokoh Pelajar Siswa dan Siswi FKA. Majlis ini turut diselangi dengan video imbauan kenangan khusus untuk pelajar semester akhir, cabutan bertuah dan persembahan pelajar yang menghiburkan. Walaupun diadakan secara atas talian namun kemeriahan tetap dapat dirasai.
Para pensyarah turut berkongsi rasa bangga kepada para pelajar yang telah mendapat anugerah dan para pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka. Syabas dan tahniah kepada semua.
Terima kasih kepada YBrs Dr Hajah Nazirah atas kesudian bersama dan merasmikan majlis ini. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih juga kepada rakan pensyarah yang bantu melancarkan majlis ini. Majlis seperti ini patut diadakan setiap semester sebagai tanda penghargaan dan memberi motivasi kepada para pelajar. Tahniah diucapkan kepada pensyarah yang terlibat dan Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang (CESS).