Majlis Perbincangan FPP, UiTM Pahang Bersama Institut Teknologi Sumatera (ITERA), Indonesia

16 Jun 2024 – Satu Majlis Perbincangan di antara Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dan Institut Teknologi Sumatera (ITERA), Indonesia telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom meeting pada 20 Mei 2024.

Pertemuan ini melibatkan Prof. Dr. I Nyoman Pugeg Aryantha, Rektor ITERA, Dr. Hadi Teguh Yudistira, Dekan Fakultas Teknologi Industri, Rio Ardiansyah Murda, Koordinator Program Studi Rekayasa Kehutanan, Amalia Wahyuningtyas, Koordinator Humas dan Kerjasama Fakultas
Teknologi Industri, Andika Setiawan, S.Kom., Koordinator Program Studi Teknik Informatika, Ts. Dr. Fakri Muda, Liaison Officer UiTM Cawangan Pahang, Encik Mohd Azizul Sulaiman, Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, Puan Nor Farhana Mohd Azmi, Koordinator Program Ijazah PPPT, Dr. ⁠Mohd Safwan Ramli, Ketua Unit Kualiti, Encik Mohd Amli Abdullah @Baharum, dan Puan Mas’udah Asmui, PPPT serta wakil dari ITERA dan UiTM Cawangan Pahang.

Antara topik perbincangan adalah merangka perancangan yang bersifat akademik dan bermanfaat kepada kedua-dua pihak dan turut membincangkan perkara yang signifikan dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama antara UiTM Cawangan Pahang dan ITERA. Sepanjang tempoh pertemuan, pihak UiTM Cawangan Pahang membentangkan hasil Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah dimeterai, aktiviti-aktiviti kolaborasi MOU yang telah dijalankan, penerangan petunjuk prestasi (Performance Indicator) yang berkaitan, dan perancangan program-
program kerjasama yang bakal diadakan. Pihak ITERA turut menyampaikan harapan dan memperkenalkan inisiatif yang sepadan dengan objektif ITERA dan UiTM Cawangan Pahang.

Hasil dari perbincangan ini, kedua-dua pihak dapat mengenal pasti peluang baharu untuk terus meningkatkan mutu kerjasama di bidang akademik dan penyelidikan. Kedua-dua pihak amat mengharapkan hasil kerjasama ini dapat membantu melonjak kecemerlangan kualiti pendidikan institusi kedua negara dengan garapan nilai sinergi dan usaha agresif.

Penulis : Mas’udah Asmui, Mohd Amli Abdullah @Baharum
Artikel disumbangkan oleh:  Mohd Azizul Sulaiman, Nor Farhana Mohd Azmi, Azmi Salim, Norlaili Harun, Nurul Zahidah Md Juperi, Noorsuraya Mohd Mokhtar, Rozita Mengen dan Rohana Johan.