RESONANCE: Pameran Seni Visual Solidariti Palestine telah berlangsung di Kapallorek Art Space, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. Ia merupakan satu kombinasi aktiviti yang terdiri daripada pameran seni visual, aktiviti mural serta aktiviti perkongsian bicara dan kemasyarakatan, program dirangka bagi tujuan melibat sama ahli akademia, mahasiswa, masyarakat, NGO dan industri menerusi program berorientasikan kesenian. Aktiviti yang disusun sebagai satu respon dan sokongan kemaknusiaan terhadap musibah yang menimpa Palestine dengan mengunakan berbagai media dan mesej tegas berkisarkan isu rakyatnya.
Pameran Seni Visual dijayakan oleh 15 pensyarah Jabatan Art Trivium, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak. Antaranya yang menyumbang bakat adalah Hazrul Mazran Rusli, Dr Khayril Anwar Khairudin, Muh Sarip Abdul Rahman, Nurulhikmah Mohd Azharuddin, Nur Fatin Shahirah Din, Muhammad Faez Fahmi, Rozarina Johari, Mohamad Hafiz Yahaya, Miswarini Mat Din, Nurul Shima Taharuddin, Siti Hajar Maizan, Nizar Nazrin, Dr Siti Ermi Syahira, Muhammad Abdullah dan Zainon Abdullah.
Pameran berlansung secara fizikal bermula 16 hingga 23 Disember 2023. Hasil karya yang dikongsikan antaranya dalam bentuk catan, kolaj, instalasi, arca dan juga cetakan. Turut dipersembahkan dalam koleksi pameran adalah mural hasil usaha pensyarah dan 20 pelajar secara sukarela bagi tontonan pelawat.
Bersempena dengan ini juga, satu majlis perasmian turut diadakanan. Ia telah disempurnakan oleh Ybhg. Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, P.M.P, Rektor UiTM Cawangan Perak, turut serta Prof. Ts. Dr. Norhayati Baharun A.M.P, Timbalan Rektor Akademik, Encik Mohamad Hairi Ramli, Timbalan Bendahari Kanan, tetamu khas wakil MERCY Perak iaitu Sr. Dr. Syed Abdul Haris Syed Mustapa, Dr. Dzulkarnaen Ismail, Dr. Ezzat Fahmi Ahmad, barisan Pengurusan Kolej Pengajian Seni Kreatif, pensyarah, artis dan pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Perak. Majlis diikuti dengan lawatan jemputan ke pameran dan jamuan makan di Kopi Mesin Seri Iskandar.
Pameran ini diharapkan menjadi satu platform kesenian dalam inisiatif mempergiatkan usaha melonjakan profil UiTM di peringkat global. Ia merupakan usaha kepada mencapai gagasan dalam agenda kemasyarakatan dan pengantarabangsaan yang turut memberikan impak kepada ketampakan global.