Majlis Penyerahan Sumbangan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UiTMKOOP) Kepada Staf UiTM Cawangan Selangor

30 November 2023 – Majlis Penyerahan Sumbangan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (UiTMKOOP) Kepada Staf UiTM Cawangan Selangor telah diadakan Dewan Sri Alam, Hotel UiTM Puncak Alam. Majlis ini dianjurkan kerjasama Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE), UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan pihak UiTMKOOP.

Penyerahan sumbangan daripada pihak Koperasi Kakitangan UiTM Bhd telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Syahrudin Hanib, Pengerusi UiTMKOOP dan disaksikan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor serta barisan pengurusan eksekutif.

 

Sumbangan dari UiTMKOOP diberikan kepada setiap kampus UiTM di seluruh negara setiap tahun dan UiTM Cawangan Selangor antara kampus yang terpilih. Jumlah sumbangan zakat yang diberikan oleh pihak UiTMKOOP pada tahun ini adalah sebanyak RM10 ribu untuk 40 orang penerima daripada UiTM Cawangan Selangor.

Pihak UiTM Cawangan Selangor menzahirkan sekalung penghargaan buat UiTMKOOP yang sudi berkongsi rezeki melalui pembayaran zakat untuk diagihkan.

#UCSCemerlang