Majlis Penyampaian Surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

SUNGAI BULOH, 7 Julai 2023 – Seramai 13 orang staf dari Pejabat Penolong Rektor UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 yang telah diadakan pada 06 Julai 2023 bertempat di Auditorium Khalid Yusoff 1, Fakulti Perubatan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Penolong Rektor UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan.

Semoga semua penerima anugerah akan dapat terus mengekalkan momentum demi kecemerlangan kampus. Selian itu juga, semoga anugerah ini juga dapat memberikan inspirasi kepada staf lain untuk terus bekerja dengan lebih bersemangat dan menjadi pendorong ke arah membudayakan kecemerlangan dalam semua aspek.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan akan terus dapat mengekalkan momentum kecemerlangan ini di masa-masa akan datang.