Majlis Penutup Kem Pembentukan Pemimpin Madani dan Shields SSN SMK Za’ba Kuala Pilah Serta Penyampaian Watikah Perlantikan Kepada Peserta Program

Kuala Pilah, 07 Jun 2023- Majlis Perasmian Penutup Kem Pembentukan Pemimpin Madani dan SHIELDS anjuran SSN SMK Za’ba Kuala Pilah, dengan kerjasama Agensi Anti Dadah (AADK), PDRM bersama-sama Program Pra Diploma UITM dan MPP UITMCNS telah di adakan bertempat di Dewan Kuliah 200, UITM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Supritenden Amran Haji Mohd Gani, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, seterusnya menyampaikan watikah perlantikan pengawas, pembimbing rakan sebaya serta pengawas pusat sumber kepada 84 orang pelajar SSN SMK Za’ba yang terlibat. Program ini disertai oleh seramai 84 orang pelajar serta 11 orang guru dari SSN SMK Za’ba, serta para jemputan vvip yang terdiri daripada pegawai AADK, PDRM, wakil PPD serta wakil Pengetua SMK Za,ba.

Di antara inti pati aktiviti program yang dijalankan adalah:
1) Lawatan oleh para pelajar dan guru ke makmal -makmal sains UITMCNS(makmal biologi, makmal kimia, makmal fizik dan makmal teknologi makanan).
2) Lawatan ke Perpustakaan Tuanku Abdul Razak UITMCNS.
3) Slot taklimat Program Pra Diploma UITM oleh Koordinator Pra Diploma UITMCNS, Puan Siti Noriah Bt Mohd Shotor.
4) Slot Kepimpinan bersama MPP UITM bertemakan ‘Kepimpinan Muda: Peluang atau angan-angan’.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, para pelajar didedahkan mengenai suasana pembelajaran di universiti, mengetahui program-program yang di tawarkan oleh uitm, khususnya program Pra Diploma UITM serta mendapat input yang bermanfaat mengenai ciri -ciri pemimpin berkualiti melalui slot taklimat bersama MPP UITMCNS.

Secara keseluruhan, program ini membantu memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kehidupan sebagai mahasiswa/i UITM serta sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat mengenai program-program yang ditawarkan di UITM dan ciri-ciri seorang pemimpin madani.