Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi MARA dan Ittihad Trading and Resources Sdn. Bhd

KOTA TINGGI, 26 Mei 2022 – Telah berlangsung Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi MARA dan Ittihad Trading and Resources Sdn. Bhd. bertempat di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi pagi ini.

Rektor UiTM Cawangan Melaka, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini mewakili Naib Canselor dan Encik Muhammad Nazri Bin Kasmen Pengarah Urusan Syarikat Ittihad Trading & Resources Sdn Bhd Merangkap Pengerusi KAF FELDA Bukit Aping Barat menandatangani dokumen memorandum persefahaman disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor, Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili dan Encik Hasrin Ismail, Pengarah Pembangunan Pertanian dan Ternakan FELDA.

Turut hadir Offtaker- Offtaker Projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) FELDA, Puan Aemillyawaty Abas, Penyelaras MoU UiTM Cawangan Melaka dan Puan Nur Syuhada Muhammad, Ketua Projek MoU dari UiTM Cawangan Melaka.

Diharap kerjasama antara FELDA, Ittihad Trading & Resources Sdn. Bhd, UiTM & masyarakat FELDA Bukit Aping Barat ini dapat mengeratkan lagi hubungan industri, universiti dan masyarakat serta memberi manfaat kepada semua pihak dengan program-program pertanian yang mampan pada masa hadapan.