Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Universiti Teknologi MARA dengan enam buah Politeknik Pariwisata Indonesia

ALOR GAJAH, 14 September 2023 – Telah Berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Universiti Teknologi MARA dengan enam buah Politeknik Pariwisata Indonesia anjuran Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan (FPHP) secara atas talian di YouTube bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), KPP1, UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.

MoU ini telah ditandatangani oleh Rektor, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini mewakili YBhg Datuk Naib Canselor bersama lebih 20 orang staf UiTMCM yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, para pensyarah dan staf UiTCM. Turut serta wakil dari Kementerian Pariwisata & Ekonomi Kreatif Indonesia, Politeknik Pariwisata Makassar, Politeknik Pariwisata Medan, Politeknik Pariwisata Bali, Politeknik Pariwisata Bandung, Politeknik Pariwisata Lombok dan Politeknik Pariwisata Palembang yang menyertai majlis ini secara maya.

Program yang dijalankan memberikan peluang kerjasama strategik di antara institusi yang terlibat dalam pelbagai aspek penyelidikan, program seminar antarabangsa, pengukuhan pengajaran dan pembelajaran kolaboratif, pertukaran pensyarah serta pelajar dan lain-lain dalam mencapai pendidikan yang lebih bersifat global khususnya dalam bidang pelancongan.

Turut hadir En. Faisal, MM.Par., CHE yang merupakan Kepala Pusat Pengembangan Sumber Daya Manusia Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif/Badan Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia.