Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Universal (UVERS)

ALOR GAJAH, 14 April 2023 – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Universal (UVERS), yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa dan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Melaka.

Canselor Universitas Universal (UVERS), Dr. Techn. Aswandy, MT, dan Rektor, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini menandatangani memorandum tersebut disaksikan oleh Tuan Yodi, MSI, Naib Canselor Urusan Akademik dan Pelajar Universitas Universal (UVERS), dan Profesor Madya Dr. Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Melaka.

Turut hadir Dr. Herman, Mtcsol, Dekan Fakulti Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan, serta delegasi dari Universitas Universal (UVERS) Batam, Indonesia.
Semoga MoU ini akan membawa manfaat yang besar dan membawa kejayaan kepada kedua-dua institusi.