MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) DI ANTARA UiTM & UTF SDN BHD

Satu Majlis bagi Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Teknologi MARA & United Tropical Fruits (UTF) SDN BHD telah diadakan pada 7 Ogos 2023 (Isnin) jam 10.30 pagi– 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Cawangan Pahang. Memorandum Persefahaman (MoA) ini telah ditandatangani oleh Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan (Rektor UiTM Pahang) bersama Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Pahang sebagai saksi.

Delegasi UiTM Pahang terdiri daripada Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan (Rektor UiTM Pahang), Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman (Tim. Rektor PJI), PM Dr. Nazirah Ramli (Tim. Rektor HEA), Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh (Tim. Rektor HEP), En. Mohammad Khair Mohd Seni (Tim. Pendaftar Kanan), Dr. Mohd Khairi Che Lah (KPP FPA), Dr. Nurrohana Ahmad (Koordinator ICAN), PM Dr Nor Azizah Yaacob (PSTU), ChM. Dr. Norshahidatul Akmar binti Mohd Shohaimi (Koordinator RMU) serta semua Pensyarah FPA UiTM Pahang.

Manakala, delegasi UTF SDN. BHD terdiri daripada Dr. Raymond Samy (Managing Director UTF SDN BHD), En. Gunalan Raju, En. Rayven Adriano, En. Jamaluddin Ahmad, En. John Edwin serta En. Gerish Samy.

Objektif utama memorandum perjanjian ini adalah bagi mendirikan satu Nurseri serta Pusat Penyelidikan penanaman Durian Musang King dan Black Thorn secara Organik. Pusat Penelidikan ini dipercayai akan menjadi pusat utama dan tumpuan dalam penyelidikan penanaman durian secara organic. Selain itu, jalinan kerjasama ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala bagi menggalakkan, membangunkan dan mengukuhkan lagi kerjasama aktiviti penyelidikan dalam kalangan pelajar, pensyarah, industry dan juga komuniti. Semoga dengan termeterainya MoA antara UTF ini, dapat memberi impak positif kepada seluruh warga terutamanya sumbangan dalam bidang penyelidikan.