Majlis Malam Apresiasi Misi Pasca Banjir Southern Volunteers Negeri Johor@Segamat 2023

SEGAMAT, 11 Mac 2023 – Majlis Malam Apresiasi Misi Pasca Banjir Southern Volunteers Negeri Johor@Segamat 2023 anjuran Southern Volunteers Daerah Segamat telah diadakan pada 11 Mac 2023 yang lalu di Ruang Legar Kolej Mutiara UiTM Cawangan Segamat. Majlis ini diadakan sempena menghargai Johor yang telah membantu membersihkan rumah-rumah dan premis-premis awam yang terjejas banjir.

Turut sama meraikan para sukarelawan adalah Yang Berhormat Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat, Yang Mulia Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat merangkap Pengerusi Southern Volunteers Daerah Segamat , Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato’ Haji Sha’ri @ Shangari, Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Turut bersama adalah Rektor dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri, UiTM Cawangan Johor.