MAJLIS MAKAN MALAM SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI

SHAH ALAM, 16 Oktober 2023 – Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah mengadakan majlis makan malam Sanjungan Budi Kilauan Bakti bagi meraikan YBhg. Prof. Datuk. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor yang telah pun bersara pada 12 Oktober yang lalu. Majlis telah berlangsung di Anjung Seri Budiman dan istimewanya, majlis makan malam ini turut dihadiri oleh staf serta pesara yang pernah bekerja di bawah pentadbiran YBhg. Prof. Datuk. Dr. Hajah Roziah.

Majlis diserikan dengan persembahan deklamasi puisi dan nyanyian oleh warga InQKA. Lebih bermakna, majlis ini telah memberi ruang kepada tetamu bagi menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat beliau. YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah juga dalam ucapannya telah mengimbau kenangan perjalananan kerjaya beliau sehingga menjawat jawatan tertinggi di UiTM. Usaha dan komitmen beliau tidak pernah putus untuk bersama-sama memajukan universiti tercinta ini dan semoga menjadi inspirasi buat semua.

Pihak InQKA merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah dan semua tetamu yang telah menjayakan majlis tersebut.