Majlis Apresiasi Staf dan Pesara APB 2023

Akademi Pengajian Bahasa (APB) sentiasa menghargai dan menekankan motivasi dan dedikasi kakitangan terhadap keseluruhan kualiti perkhidmatan dalam jabatan. Sehubungan itu, majlis penghargaan kakitangan dan pesara 2023 dianjurkan untuk mengiktiraf dan menghargai komitmen kakitangan dalam pelbagai aspek. Bertemakan “White & Blue Denim”, acara ini telah diadakan pada 19 Januari 2024 mulai jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di Hotel UiTM, Shah Alam. Antara tujuan majlis ini adalah untuk meraikan persaraan 14 orang pensyarah yang dikenali sebagai Puan Hajah Raihan Musa, PM. Dr. Norizah Ardi, PM. Dr. Noraini Ahmad Basri, PM. Dr. Noor Ahnis Othman, Puan Cittra A/P Muthusamy, Dr. Noor Ida Ramli, Puan Nor Rasimah Abdul Rashid, Datin Marina Ismail, Encik Gopighantan A/L Mlyvaganam, Puan Asha Latha Bala Subramaniam, Encik Rosle Suparjan, Puan S. Suchithra K. Sankaran, PM. Hajah Nur Anisah Tan Abdullah, dan Dr. Heng Buai Chin.

Selain itu, objektif majlis ini juga untuk meraikan warga APB yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dari pelbagai aspek serta penghargaan dan pengiktirafan terhadap pesara. Berikut adalah senarai anugerah dan pemenang yang telah disampaikan untuk tahun 2023:

1. Anugerah Tokoh Akademik Profesor Dr. Saidatul Akmar Zainal Abidin
2. Anugerah Ahli Akademik APB PM. Dr. Norhazlina Husin
3. Anugerah Ahli Akademik Harapan Dr. Syamimi Turiman
4. Anugerah Penyeliaan Dr. Rozaimah Rashidin
5. Anugerah Penerbitan Jurnal Dr. Mohamad Nik Mat Pelet
6. Anugerah Penerbitan Selain Jurnal/Prosiding Terbaik Encik Mohd Fahimi Zakaria
7. Anugerah Penyelidikan Cik Nadia  Anuar
8. Anugerah Konsultasi dan Kepakaran PM. Dr. Norhazlina Husin
9. Anugerah Inovasi Cik Chan Jie Yan
10. Anugerah Kepimpinan Akademik  Dr. Sharifah Shahnaz Syed Husain
11. Anugerah Pengajaran Kolaboratif / Global Puan Farina Nozakiah Tazijan
12. Anugerah Jaringan Industri Cik Dianna Suzieanna Mohamad Shah
13. Anugerah Khidmat Komuniti Puan Noor Aizah Abbas
14. Anugerah Jaringan Alumni Encik Muhammad Luthfi Mohaini
15. Anugerah Bakti Hal Ehwal Pelajar (Kategori Pensyarah) Puan Farah Hanani Abdul Rahman
16. Anugerah Staf Mesra Pelanggan Encik Akram Mohd Shariff
17. Anugerah Staf Dinamik Encik Mohd Saiful Azwan Ismail
18. Anugerah Kehadiran Terbaik Cik Siti Ismah Sahed
19. Anugerah Pentadbir Terbaik Encik Nik Mohd Razif Othman
20. Anugerah Staf Pentadbiran Terbaik Puan Nur Liyana Sharuddin
21. Anugerah Bakti Hal Ehwal Pelajar (Kategori Staf) Encik Faerouze Adjehad Zainal

Sesi penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Dekan bersama Timbalan Dekan. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan videografi.

Kebersamaan, disiplin dan pencapaian kakitangan APB yang telah bekerja dengan penuh dedikasi untuk menjadikan UiTM sebagai universiti yang unggul menunjukkan tiga nilai utama UiTM iaitu Excellence, Synergy and Integrity. Semoga APB akan terus bersinar dengan gemilangnya.