Puncak Alam, 6 Mei 2024 – Pejabat Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Unit Komunikasi Korporat telah menyantuni 43 orang pelajar dengan menganjurkan Majlis Agihan Ramadan Giving Tahun 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor. Penyerahan agihan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. Dana agihan adalah daripada hasil kutipan Program Ramadan Giving UiTM Tahun 2024.
Majlis yang diadakan sederhana tapi penuh bermakna itu turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan UCS bagi meraikan para pelajar yang terpilih sebagai penerima sumbangan. Ia merupakan satu inisiatif berterusan yang menjadi bukti kepada kesungguhan dan keperihatinan UiTM dalam memastikan kebajikan warganya – terutama pelajar tetap terjaga, dan juga sebagai salah satu kaedah ke arah kesejahteraan mahasiswa.
Objektif yang dirancang adalah tercapai seperti mengagihkan hasil kutipan Program Ramadan Giving Tahun 2024 kepada pelajar-pelajar yang dalam kategori asnaf fakir dan B40, menjaga kebajikan warga UiTM khususnya para pelajar ke arah kesejahteraan mahasiswa dan mendidik amalan bantu-membantu serta memupuk kesedaran peri penting bersedekah. Semoga sumbangan dan bantuan yang telah berjaya dilaksanakan ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang bagi membantu menjaga kebajikan warga UiTM yang memerlukan.