Pada 26 Mac 2024, Akademi Pengajian Bahasa telah melaksanakan program khidmat masyarakat antarabangsa bersama komuniti seksyen 7 yang melibatkan mahasiswa daripada Universitas Muhammadiah Yogyakarta. Program ini diadakan untuk menyantuni masyarakat di Seksyen 7 dengan aktiviti membersihkan surau dan menyediakan bubur lambuk.
Program ini bermula dengan penyediaan bubur pada pukul 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari dan diteruskan dengan pengagihan bubur lambuk sebanyak 2000 bungkus kepada komuniti setempat Seksyen 7 pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang di Surau At-Taqwa, Seksyen 7. Juga, program khidmat masyarakat antarabangsa ini dimeriahkan lagi dengan kolaborasi bersama beberapa pihak seperti Pos Malaysia sebagai penaja, PPS7 Surau AT-Taqwa, Pejabat TNC HEP UiTM, ACIS, dan penglibatan oleh Alumni UiTM. Acara ini turut diserikan lagi dengan perasmian oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar iaitu YBrs. Profesor Dr. Haji Sazili Sahibi.
Selain itu, program tersebut telah mencapai objektif iaitu mahasiswa APB dan mahasiswa antarabangsa berpeluang untuk bersama-sama menyantuni komuniti setempat. Di samping itu, perkara ini secara tidak langsung telah memberikan pendedahan mengenai informasi dan sudut pandangan yang berbeza antara negara Malaysia dan Indonesia tentang aktiviti atau pun budaya ketika bulan Ramadan. Perkara ini menjadikan kelebihan yang diperoleh daripada pelaksanaan program ini telah sejajar dengan nilai sinergi yang diterapkan oleh UiTM iaitu bekerjasama rapat demi produktiviti yang maksimum agar industri dan masyarakat menerima manfaat.