Arau, 17 Oktober 2024 – Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis (UiTM Cawangan Perlis) telah menerima rombongan daripada Sekolah Menengah Agama (Arab) Annajah, Baling, Kedah Darul Aman pada 17 Oktober 2024 (Khamis). Ahli rombongan yang terdiri daripada 77 orang pelajar dan 8 orang guru selamat tiba di Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Perlisdan disambut oleh YBrs Penyelaras Pengurusan Acara dan Protokol merangkap pensyarah Fakulti Sains Gunaan, Gs. Sharir Aizat Kamaruddin dan Pegawai Eksekutif (Pejabat Rektor), Encik Mohd Zaini Zainal. Tujuan kedatangan ahli rombongan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti dan program-program yang ditawarkan kepada para pelajar lepasan sekolah menengah untuk menyambung pengajian di peringkat universiti.
Impak program ini kepada UiTM adalah meningkatkan visibiliti UiTM di kalangan warga sekolah, menarik minat mereka untuk sambung belajar di UiTM dan menambah pengetahuan tentang unit-unit dan bahagian-bahagian yang ada di UiTM. Antara Performance Indicator (PI) yang terlibat adalah P1029 (Number of leadership programmes) dan P1039 (Number of programme related to emotional well-being)
Sesi lawatan diakhiri dengan Slot bersama Majlis Perwakilan Pelajar yang mengiringi ahli rombongan melawati bilik-bilik kuliah dan ke Kafeteria Kolej Kesinai bagi merasai pengalaman sebenar sebagai mahasiswa..