Arau, 26 Okt 2024 – Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Program VERBEST OCT24 di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis pada 25-26 Oktober 2024.
Majlis Perasmian VERBEST OCT24 telah disempurnakan oleh YBrs Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof Madya Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi.
Tujuan penganjuran program adalah untuk mempromosikan semua persatuan-persatuan dan kelab-kelab di bawah selian Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Perlis. Impak program ini kepada UiTM ialah melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah dan teknikal yang tinggi dalam mempromosi kelab dan persatuan UiTM Cawangan Perlis.
Antara Performance Indicator (PI) yang terlibat adalah P1029 (Number of leadership programmes), P1037 (Number of students involved in invention and innovation activities), P1038 (Number of programme/module related to patriotism & ESI-IDART initiatives); dan P1039 (Number of programme related to emotional well-being) .
Dalam ucapan perasmian beliau berkata program VERBEST diadakan pada setiap tahun di UiTM Cawangan Perlis melibatkan semua persatuan yang diuruskan oleh mahasiswa di kampus ini.dalam usaha mempromosikan persatuan dan kelab serta mencungkil bakat kreativiti dan kepimpinan dalam diri setiap mahasiswa.
Beliau juga berkata penglibatan mahasiswa dalam persatuan dapat memberikan nilai tambah untuk mewujudkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum agar lebih dinamik, proaktif dan inovatif. Sementara itu, Pengarah Program, Cik Ros Sara Elysa Rosfauzi. berharap agar program ini dapat mencapai objektifnya iaitu mendedahkan kepada mahasiswa mengenai persatuan yang ada di dalam kampus.
Penganjuran VERBEST kali ini menyaksikan tempat pertama bagi Anugerah Booth Paling Gempak telah disandang oleh Persatuan COSMITS (Computer Science Mara Institute of Technology); Tempat kedua dimemenangi oleh Persatuan FRP (Frostbeat Regimen) manakala Kelab Mandarin memenangi tempat ketiga.
Anugerah Video Kreatif pula dimemenangi oleh Persatuan HURES (Human Resource Society); manakala tempat kedua disandang oleh Persatuan ACA (Applied Chemistry Association) dan tempat ketiga dimemenangi oleh Persatuan SUKSIS (Sukarelawan Polis Siswa Siswi).
Anugerah Persembahan Booth Paling Menarik disandang oleh PERDAIS (Persatuan Diploma In Accounting Information System).