LAWATAN PENANDAARAS KE QUALITY ADVANCEMENT CENTRE, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
YBhg. Prof. Dr. Azizah Abdullah dan ahli Mesyuarat Pengurusan InQKA (MPI) telah mengadakan lawatan penandaaras ke Uniten Quality Advancement Centre. Lawatan ini diadakan untuk berkongsi pengalaman dengan universiti swasta yang telah berjaya mengekalkan kualiti akreditasi akademik selain bertukar idea mengenai amalan baik yang menjadi tunggak kecemerlangan pengurusan kualiti universiti masing-masing.
Sesi ini turut membincangkan mengenai sistem dan kaedah yang digunapakai dalam pengurusan kualiti dan pengurusan akreditasi program akademik. Turut dibincangkan adalah kitaran pemantauan program (Programme Monitoring Cycle) yang diamalkan di UNITEN.
Semoga usaha ini dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam pengurusan akreditasi program akademik di UiTM. Terima kasih Quality Advancement Centre yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Hanim Salleh, atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman.