28 Ogos 2022 – Objektif program lawatan kerja ini adalah sebagai penandaaras kepada amalan terbaik Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia bagi melihat aras kualiti kerja Institut Pengajian Siswazah (IPSis) sedia ada dan memantapkan proses kerja serta pelaksanaan pengoperasian pascasiswazah di UiTM.
Lawatan ini telah dilaksanakan pada 28 Ogos 2022 bertempat di Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Teknologi Malaysia diketuai oleh Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis), Professor Ir Dr Zuhaina Haji Zakaria UiTM disertai oleh Ketua Pusat Pengajian Siswazah (KPS) dan warga IPSis.
Hasil dari lawatan ini, sesi perkongsian berkaitan dengan tiga (3) skop iaitu Open Distance dan Learning (ODL), Viva Management System (VMS) dan Graduate Award Management System (GAMS) serta isu dan masalah berkaitan pengurusan sistem dibincangkan bersama. Lawatan in berjaya membuka laluan hubungan antara UiTM dan UTM untuk bertukar-tukar maklumat serta pengalaman dalam pengoperasian sistem yang sama di kedua-dua institusi.