Lawatan Muhibbah Rektor Bersama Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Sabah ke Kolej Kediaman Mantanani, Mabul dan Manukan telah diadakan pada 7 Februari 2022. Program yang dicetuskan sendiri oleh YBhg Datuk Rektor adalah merupakan salah satu inisatif yang diambil untuk mendekatkan Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti dengan pelajar yang berada di kolej Kediaman.
Menyantuni para pelajar dengan bertanya khabar, selain dapat mendengar sendiri secara terus permasalahan yang dihadapi oleh pelajar membuatkan para pelajar teruja dengan kehadiran YBhg Datuk Rektor bersama – sama dengan Pengurusan Tertinggi yang secara tidak langsung menyuntik semangat dan motivasi pelajar untuk menduduki penilaian akhir yang berlangsung awal bulan ini.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya kepada Datuk Profesor Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline (Rektor), Dr. Firdausi Suffian (TRHEA), Datin Dr. Rafidah @ Malissa Salleh (TRHEP) dan Dr. Sharifah Nurafizah Syed Annuar (TRPJI&A) dan semua Staf yang sama-sama menjayakan program ini. Program ini dianjurkan oleh Staf Residen Kolej dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah.