Lawatan Lembaga Pengarah UiTM Ke Hospital UiTM

Lawatan Ahli Lembaga Pengurus UiTM yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi LPU dan ahli rombongan YBhg. Datuk Mohaiyani Shamsudin, YBhg. Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim dan Hajah Sa’adah Ibrahim Setiausaha LPU. Lawatan telah diadakan pada 21 September 2020, di tapak Hospital UiTM.

Lawatan LPU diiringi oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Profesor Dr Sazzli Shahlan, Pengarah Hospital UiTM Sg Buloh, YBhg. Profesor Dr Mohd Zamrin Dimon, Dekan Fakulti Hospital UiTM Sungai Buluh dan Profesor Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari, Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan, UiTM Cawangan Selangor.