Pada 8 Febuari 2023, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Pahang telah mengiringi delegasi dari Universitas Muhammadiyah Purworejo (UMPWR) ke Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka Pahang. Lawatan kerja ini merupakan satu kunjungan hormat dari pihak UMPWR bagi memurnikan program praktikum antarbangsa yang akan dilaksanakan pada 2hb- 26hb Mei 2023.
Delegasi UiTM yang diwakili oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Hajah Nazirah Ramli (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik) diikuti oleh Dr. Roslina Abd Aziz (Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa), YBrs. YM Prof. Madya Dr. Tengku Intan Suzila Tengku Sharif (Pengarah Program), Dr. Hasnimulyati Laoding (Liaison Officer UiTM Global), Cik Fatin Aqilah Abdul Razak (Koordinator Unit Komunikasi Korporat) dan Puan Maziana Osman (Ketua Penilai Program) manakala tiga delegasi dari UMPWR iaitu YBhg. Dr. Rofiq Nurhadi (Rektor UMPWR), YBrs. Ibu Tri Ermayani (Timbalan Rektor Hal Ehwal Kerjasama) dan YBrs. Dr. Tusino (Pengarah Hal Ehwal Pengantarabangsaan) telah menghadiri sesi pertemuan bersama pihak sekolah. Lawatan kerja ini telah disambut baik oleh pihak sekolah yang diketuai oleh Pengetua Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Encik Azmy Murad.
Pihak UMPWR, UiTM dan Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah mengadakan perbincangan ulung-ulung kalinya untuk memurnikan program praktikum antarabangsa yang juga pertama kali bakal dilaksanakan pada Mei tahun ini. Perancangan dan penyelarasan program telah dibincangkan bersama-sama agar program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UMPWR dan Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah dimeterai dan disaksikan oleh pihak UiTM Cawangan Pahang.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pihak dan semoga jalinan yang dibina menjadi pemangkin bagi program-program akan datang.