Lawatan Kerja Delegasi UiTM ke National University of Uzbekistan Rancang Kerjasama Dalam Bidang Matematik

15 Sept, Uzbekistan – Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan ke National University of Uzbekistan (NUUz). Delegasi FSKM ini diwakili oleh Prof. Ts Dr Haryani Haron, Dekan FSKM. Pihak NUUz diketuai oleh Prof. Shirinova Raima, Timbalan Rektor Perhubungan Antarabangsa NUUz.

NUUz telah menandatangai MoU bersama UiTM pada 17 Ogos 2020 . Lawatan ini bertujuan membincangkan aktiviti kolaborasi untuk pelajar dan warga akademik kedua-dua Universiti UiTM dan NUUz. Hasil pertemuan tersebut, FSKM UiTM dan NUUz merancang untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang merangkumi:
1 – Program mobiliti profesor akademik
2 – Kerjasama penerbitan saintifik
3 – Pengukuhan mobiliti pelajar

Turut serta dalam perbincangan daripada pihak NUUz adalah Obidjon Zikirov, Dekan, Faculty of Mathematics, Zafar Rakhmonov, Dekan , Faculty of Applied Mathematics and Intelligent Technologies, Yoziyev Golibjon Luthfullayevich, Ketua, Department of the Organization of International Cooperation, Tadjibayev Omadbek Ashuraliyevich, Ketua, International Students Department, Rofiyeva Gulasal, Pegawai Participation Department in International Rating, Prof Aripov Mirsaid, wakil Faculty of Applied Mathematics and Intellectual Technologies dan Xudoyberganov Mirzali, wakil, Faculty of Mathematics.

Delegasi FSKM terdiri daripada Prof. Daud Mohamad dan Profesor Isamiddin Rakhimov, Profesor Matematik , Dr Surmarni Abu Bakar, Ketua Pusat Pengajian Matematik, Ts Dr Normi Abdul Hadi, Dr Nor Hanimah Kamis,Dr Nur Hazwani Aqilah Abd Wahid dan Dr Abd Kadir Jumaat, pensyarah matematik.

NUUz telah tersenarai di dalam Top 500 QS Ranking bagi subjek Matematik. NUUz juga telah menjalankan banyak kolaborasi bersama universiti dari Israel, Rusia dan Malaysia. NUUz juga mempunyai 200 rakan kerjasama strategik.

Kerjasama yang terjalin ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha menyokong salah satu matlamat strategik universiti yang mana penglibatan dan kolaborasi antarabangsa antara UiTM dengan universiti antarabangsa akan membantu memenuhi misi strategik UiTM untuk menjadi Universiti Terkemuka Dunia menjelang 2025 terutamanya dalam bidang matematik.

Perbincangan diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara Prof Ts Dr Haryani Haron dan Prof. Shirinova Raima.