Lawatan Delegasi Korea Institute of Sport Science (KISS) Ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan


Kajian kebolehlaksanaan oleh Korea Institute of Sport Science (KISS) diteruskan ke Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan, Sarawak. Kunjungan ini merupakan hentian pit terakhir, iaitu yang ke-6 di mana pihak KISS juga telah membuat kunjungan kebolehlaksanaan kampus FSR di empat cawangan yang lain termasuk kampus induk dan juga Institut Sukan Negara. Turut menyertai lawatan ini ialah En Razif Sazali selaku Ketua Projek, Dr Radin Rafeeudin Radin Dzulfakar dan Dr Raihana Sharir mewakili FSR UiTM Shah Alam.

Program ini adalah di antara pelan awal bagi pelaksanaan projek Nationwide Fitness and Wellness Promotion via Integrated Fitness amd Health System: The Fitwell-X Project. Delegasi tersebut disambut meriah oleh pelajar FSR Samarahan yang mengenakan pakaian tradisional Sarawak bermula dari Pusat Pelajar. Seterusnya mereka diiringi oleh Puan Asmalini Binti Hj Che Abu Shafie, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi serta para pensyarah ke Bilik Seminar 2.

Satu sesi perkongsian bertajuk Sports Development in Global ERA yang disampaikan oleh Dr Hyunjoo Cho dihadiri oleh pelajar Sains Sukan yang menumpukan kepada kepentingan dan keperluan sukan dalam memenuhi objektif Sustainable Development Goals (SDG) dan memberikan pendedahan tentang fungsi utama KISS bagi membantu perkembangan sukan dan kesihatan di Korea Selatan.

Delegasi KISS, iaitu Dr Hyunjoo Cho dan Cik Kim Yoola telah mengadakan perbincangan bersama pihak fakulti yang diketuai oleh Ketua Pusat Pengajian FSR, Puan Asmalini Che Abu Shafie serta barisan pensyarah yang telah dilantik sebagai Panel Pakar, iaitu En Wan Firdaus Wan Chik, Cik Patricia Pawa Pitil dan En Gordon Nicolaus Jemat Anchang. Dua orang pelajar Sains Sukan juga turut serta di dalam perbincangan ini, iaitu Mohd Zuhayr Redza dan Siti Nur Aisyah.

Dalam masa yang sama, pihak delagasi juga telah melawat makmal FSR, iaitu Strength and Conditioning Lab, Aerobic Studio, Human Performance Lab dan Physiology Lab. Tujuan lawatan tapak ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada pihak KISS tentang kesediaan pihak fakulti dan universiti bagi memberikan komitmen penuh dalam merealisasikan projek dan kajian yang dicadangkan.

Kehadiran delegasi disambut dengan pelbagai bentuk persembahan, dan salah satunya adalah persembahan seni silat dan taekwondo.

Perjumpaan bersama pemangku Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Jaringan Antarabangsa, Professor Madya Ts. ChM. Dr Mohammad Isa bin Mohammadin turut diadakan. Beliau menyatakan sokongan penuh bagi projek kolaborasi ini yang akan memberi manfaat kepada aspek kesihatan dan kecergasan rakyat Malaysia.

Akhir sekali sebelum berangkat pulang, mereka dipersembahkan dengan demo “Abseiling” dan penyerahan bendera kepada delegasi oleh beberapa pelajar diploma, semester 3. Sekaligus menjadi aktiviti penutup lawatan delegasi tersebut.